BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PENGERTIAN DAN BAHAGIAN

adik tahu erti zakat ? lihat gambar ini dahulu dan cuba untuk memahami dahulu ya ....
PERNAH LIHAT AYAH KAMU MEMBAYAR ZAKAT ?? HA USTAZ NAK TUNJUKKAN CONTOH INI PEMBAYARAN ZAKAT ..

  • ERTI DARI SUDUT BAHASA :   asal daripada perkataanتزكىiaitu suci , bersih , berkembang , dan subur . 
  • ISTILAH : mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu 

seterusnya ustaz nak sentuh mengenai bahagian zakat pula ... perhatikan bahagian dan contoh di bawah ya ..

sekarang ustaz nak tunjukkan bahagian zakat yang perlu adik-adik ketahui...

BAHAGIAN 1:

zakat fitrah

-Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

 
INI ADALAH CONTOH ZAKAT FITRAH.



BAHAGIAN 2 :
Zakat Harta
- boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita 
.
contoh zakat harta
 
ha inilah contoh zakat harta iaitu duit
zakat mempunyai dua bahagian maka adik perlu jelas akan kedua-dua bahagian ini .. supaya adik2 tidak terkeliru dengan kedua-dua bahagian ini ye..